http://lelangitstrawberry90.blogspot.com/

Monday, 5 December 2011

KES DADAH MENINGKAT DENGAN PENAMBAHAN PENDUDUK




Baru-baru ini, kes dadah semakin hari semakin meningkat. Ramai yang menyalahgunakan dadah khasnya golongan remaja bagi mendapatkan kepuasan sementara. Mereka tidak sedar akan kemudaratan yang bakal dialami oleh diri sendiri. Pihak kerajaan pula memeningkan kepala mereka untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan peningkatan kes dadah ini. Antara tindakan yang mereka ambil untuk mengekang gejala ini ialah kempen kesedaran dan undang-undang
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Datuk Abd Bakir Zin berkata penagihan dan penyalahgunaan dadah semakin meningkat setiap tahun hasil daripada pertambahan penduduk dan peningkatan kadar bilangan rakyat yang tidak berpendidikan tinggi.beliau juga berkata golongan yang tidak berpendidikan tinggi ini lazimnya menyara  hidup dengan melakukan kerja-kerja am seperti buruh kasar, nelayan dan sektor perladangan. Dalam sebuah temu bual eksklusif dengan Bernama Abdul Bakir berkata bahawa golongan seperti ini lazimnya mudah terpengaruh dan sering terdedah kepada anasir negatif termasuk pengaruh luar yang diperkenal oleh rakan sebaya atau golongan lebih dewasa.
Dalam usaha membanters penagihan dan penyalahgunaan dadah, pelbagai langkah diambil termasuk mewujudkan penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berkesan. Selain undang-undang yang tegas iaitu Akta Dadah Berbahay 1952, AADK juga menyerahkan draf Akta Bahan-Bahan Khayal kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak tahun lepas. Akta ini khas untuk menangani masalah atau gejala menghidu bahan yang mengkhayalkan seperti gam yang sebelum ini tidak dianggap sebagai satu kesalahan kerana ia tidak termaktub di dalam Akta Dadah Berbahaya.
Mengikut statistik daripada operasi bersepadu secara besar-besaran, jumlah penagih dadah yang wujud di Malaysia sudah menjangkau 40, 247 orang meliputi jumlah penagih berdaftar dan penagih yang diserahkan oleh kerajaan kepada AADK untuk tujuan rawatan. Keadaan ini berbeza dengan tahun 2008 apabila aadk merekodkan jumlah penagih berdaftar seramai 12, 500.
Selain itu,penubuhan rumah komuniti seperti pusat khidmat daerah yang ditubuhkan oleh AADK di lokasi tertentu untuk memberikan sesi kaunseling, bantuan kepada keluarga yang mempunyai masalah melibatkan dadah dengan anak-anak mereka. Apa bezanya di sini ialah ianya ditubuhkan oleh komuniti di kawasan berkenaan yang berfungsi sebagai petempatan sementara untuk bekas penagih sebelum mereka kembali sepenuhnya sebagai diri sendiri mereka dan diterima balik oleh masyarakat.
Kesimpulannya, pihak berkuasa harus mengambil langkah yang lebih berefisien untuk mengurangkan kes penambahan dadah ini. Masyarakat harus mengetahui tentang keburukan dadah kepada diri mereka. Jika penambahan bilangan penagih dadah di negara ini terus meningkat bukan sahaja imej negara akan terjejas malah akan mengalami kegagalan dalam membangunkan negara dan tidak dapat melahirkan generasi yang berwibawa di negara kita.

No comments:

Post a Comment