http://lelangitstrawberry90.blogspot.com/

Friday, 18 November 2011

:: baHaNa mErOkOk ::

HIDUP SIHAT TANPA ROKOK !!!

salam sume....ni entry ke-3 kumpulan kami...topik hari ni BAHANA MEROKOK....kita sedia maklum yang rokok sememangnya membahayakan kesihatan kerana dalam rokok itu sendiri mempunyai pelbagai bahan kimia yang boleh memudaratkan kesihatan perokok dan juga mereka yang terhidu asap rokok tersebut....ni fakta yang kami dapat dari internet...semoga dapat la memberi serba sedikit kesedaran kepada semua perokok dan bakal perokok di luar sana ...jauhilah sikap suka merokok anda...=)

FAKTA TENTANG PEROKOK DI DUNIA :
  • dianggarkan 1.1 billion perokok di seluruh dunia menghisap 5.5 trilion batang rokok yang dihasilkan setiap tahun.
  • Asia Tenggara mencatatkan 44% perokok lelaki dan 14% perokok wanita
JENIS-JENIS ROKOK DARI TEMBAKAU :
  • rokok
  • cerut
  • tembakau paip
  • seesha

DATA PEROKOK DI MALAYSIA :
  • Lebih kurang 50% lelaki Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas perokok
  • Lebih kurang 20% remaja adalah perokok
  • 85 % remaja akhirnya menjadi ketagih kepada rokok
  • Dianggarkan 3,500 dari setiap 10,000 kematian setiap tahun di Malaysia adalah berkaitan dengan merokok
PERKARA YANG MENYEBABKAN KETAGIHAN :
  • Rokok mengandungi nikotin yang menyebabkan ketagihan seperti juga heroin dan kokain
  • Menghisap rokok berulang kali boleh menyebabkan ketagihan
BAHAYA MEROKOK :
  • Tembakau mempunyai hubungkait yang rapat sebagai penyebab penyakit seperti barah dan penyakit jantung
  • Boleh terjebak dalam penyalahgunaan dadah
  • Asap rokok mengandungi lebih kurang 4000 jenis bahan kimia beracun
  • Lebih kurang 63 dari bahan kimia di atas boleh menyebabkan barah
  • Terhidu asap yang keluar dari perokok. Kesan yang tidak diingini adalah sama iaitu penyakit lelah, penyakit jantung dan lain-lain lagi.
BAHAN KIMIA YANG TERDAPAT DALAM ASAP ROKOK : 

  • Tar (bahan untuk membuat jalan raya)
  • Ammonia (bahan dalam pencuci lantai)
  • Napthylamine (ubat gegat)
  • Arsenik (racun anai-anai)
  • Nicotine (bahan yang boleh mendatangkan ketagihan)
  • Kadmium (terdapat dalam bateri)
  • DDT (Ubat nyamuk)
  • Formaldehyde (untuk mengawet mayat)
  • Butane (gas yang boleh membunuh)
  • Methanol (Bahan pembakar untuk roket)
  • Hydrogen cyanide (racun)
  • Toluene (bahan pelarut)
  • Carbon Monoxide (gas beracun)
PENYAKIT YANG MEMBAWA MAUT EKORAN DARI TABIAT MEROKOK : 
  • Penyakit saluran pernafasan : lebih 10-20 kali ganda
  • Barah paru-paru : lebih 10-15 kali ganda
  • Barah payu dara : lebih 11 kali ganda
  • Barah hidung dan tekak : lebih 5-15 kali ganda
  • Barah mulut : lebih 3-15 kali ganda
  • Barah saluran makanan : lebih 4-5 kali ganda
  • Sakit Jantung : lebih 1.5-3 kali ganda
  • Barah Buah Pinggang : lebih 1.5-3 kali ganda
  • Ulser Perut : lebih 2 kali ganda
  • Angin Ahmar : lebih 2-3 kali ganda
PEROKOK PASIF LEBIH BERBAHAYA BERBANDING PEROKOK TEGAR : 
  • Berbanding dengan asap yang dihisap oleh perokok, asap yang disedut oleh perokok pasif mengandungi :
    • 2 kali ganda nikotin
    • 3 kali ganda tar
    • 5 kali ganda karbon monoksida
    • 50 kali ganda bahan kimia berbahaya
SIMPTOM-SIMPTOM KETAGIHAN MEROKOK : 
    • Tanda fizikal :
      • Gelisah
      • Menggeletar
      • Degupan jantung lebih laju
      • Pernafasan cetek / tidak dalam
    • Corak pemikiran :
      • Gian untuk menghisap rokok
      • Berasa risau, gelisah dan bimbang
      • Tidak boleh menumpukan perhatian
    • Corak Emosi :
      • Mudah marah
      • Mudah runsing
      • Rasa bimbang
      • Gelisah
    • Pola kelakuan :
      • Kehadiran ke sekolah merosot dan kurang disiplin
      • Tercicir dari sekolah
      • Perubahan sikap dan tingkah laku
      • Terlibat dalam kegiatan jenayah seperti mencuri untuk membiayai tabiat merokok
 KESAN JANGKA PENDEK TERHADAP PEROKOK : 

Otak -  Pembebasan gas karbon monoksida dan pengurangan oksigen menyebabkan otak tidak dapat berfungsi dengan sepenuhnya


Telinga  - Mengurangkan kadar pengaliran darah boleh menyebabkan pekak


Mata - Mata berair, radang mata yang boleh mengganggu daya penglihatan


Mulut  -  Mengalami deria rasa yang tidak sedap pada bibir,lidah dan tekak

            -  Nafas berbau dan mendapat jangkitan mulut
            -   Gigi menjadi kuning

Hidung - Mengurangkan deria bau

Kulit  -  Mengurangkan suhu badan, kulit muka cepat berkedut

Paru-paru - Kesukaran untuk bernafas dan mengurangkan tenaga untuk bersukan



KESAN JANGKA PANJANG : 
  • Barah (cth. paru-paru, payudara, mulut, tekak, dan usus)
  • Penyakit Jantung
  • Angin Ahmar / Strok
  • Penyakit paru-paru (cth. Penyakit lelah, bronkitis)
  • Penyakit mulut dan gusi
  • Ulser (perut, peptic)
  • Osteoporosis
  • Kemandulan (tidak boleh hamil)
  • Kurang bernafsu dalam perhubungan seks
  • Mati pucuk
KEBAIKAN BERHENTI MEROKOK : 
  • Pernafasan bertambah baik
  • Stamina meningkat
  • Lebih sihat
  • Lebih diterima oleh masyarakat
  • Mengurangkan bahaya merokok terhadap kesihatan
  • Melindungi orang lain dari bahaya merokok
  • Menjimatkan wang
  • Melindungi persekitaran
PETUA MENGATASI KEINGINAN UNTUK MEROKOK : 
  • Tarik nafas panjang
  • Minum air
  • Membuat kerja lain
  • Mengunyah sesuatu (seperti gula getah)
  • Mandi
  • Basuh tangan
  • Senaman ringan ( contoh : regangan)
  • Sembahyang / meditasi 



No comments:

Post a Comment