http://lelangitstrawberry90.blogspot.com/

Wednesday, 7 December 2011

PENGLIBATAN REMAJA DALAM MASALAH JUVANA

-GAMBAR HIASAN SAJE YE...HEHEHE-


Mengikut perundangan juvana, orang muda dan remaja membawa maksud yang sama iaitu seseorang yang berumur antara 10 hingga 18 tahun dan boleh diiktiraf sebagai mengetahui akibat perlakuan ‘tanggungjawab jenayah’. Penglibatan remaja dalam kes juvana dilaporkan dalam tempoh dua tahun dari 1997 – 1998, 685 kes, bulan Januari – Mei 1999, 121 kes. Manakala, jumlah tangkapan terhadap golongan remaja bagi tempoh 1997 hingga bulan Mei 1999 sebanyak 1354 orang. Perangkaan yang ada menunjukkan bahawa penglibatan remaja dalam jenayah yang membabitkan peringkat umur 16 hingga 18 tahun adalah yang paling tinggi bagi tempoh tahun 1997 (326), manakala pada tahun 1998 (439), dan antara bulan Januari hingga Mei 1999 (160 orang).
Kesalahan jenayah yang amat ketara dilakukan oleh golongan remaja ialah kesalahan yang melibatkan jenayah harta benda (80%), misalnya mencuri kenderaan, terutama motosikal (Seksyen 379A). Jumlah keseluruhan tangkapan dalam kes ini, 113 kes (1997), 142 kes (1998), 37 kes (Jan-Mei 1999). Terdapat peningkatan yang tinggi dalam kes ini. Adakalanya remaja yang pernah tertangkap mengulang melakukan jenayah yang sama.
Keseluruhan tangkapan yang dilakukan ke atas golongan remaja yang melibatkan kes kecurian kenderaan bagi  tempoh 1997 hingga mei 1999 adalah sebanyak 447 orang. Dari segi perbandingan, pada tahun 1997 kes siasatan yang dijalankan berjumlah 269, manakala tangkapan yang dapat dibuat pula berjumlah 463 orang; pada tahun 1998, jumlah kes siasatan adalah 416, manakal jumlah tangkapan 660 orang. Terdapat peningkatan sebanyak 147 kes siasatan iaitu 54.6%.
Kecurian motosikal melibatkan pelajar sekolah dari tingkatan satu hingga empat. Sebahagian daripada mereka mencuri untuk main-main sahaja, sesetengahnya memang berbuat demikian untuk mendapatkan lebih wang saku dengan menjual bahagian-bahagian motosikal. Perbuatan ini semakin lama membudaya dalam hidup mereka. Oleh sebab itulah ada antara mereka yang sudah tertangkap, melakukan jenayah ini lagi setelah dibebaskan atau setelah dijamin oleh ibu bapa.
Ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam menentukan corak kehidupan anak-anak. Ibu bapa mesti bersikap tegas mengawal displin anak. Baru-baru ini berlaku peristiwa dua kumpulan pelajar semasa makan-makan di medan seleradi kawasan Jalan Kelang Lama bergaduh sehingga meragut nyawa dua orang pelajar daripada satu kumpulan. Apabila disiasat puncanya Cuma kerana tindakan ejek-mengejek antara satu kumpulan dengan kumpulan yang lain disebabkan kehadiran perempuan. Didapati salah satu kumpulan meminta bantuan samseng. Dalam siasatan lanjut terhadap gadis-gadis yang ada bersama-sama sehingga pukul dua hingga tiga pagi, Ibu bapa mereka sendiri memberi kebenaran kepada mereka berada di luar rumah pada tempoh waktu itu.
Sekarang pihak polis mengambil tindakan untuk mengadakan Kelab Pendidikan Jenayah di sekolah untuk mendidik anak-anak sekolah dari peringkat usia yang masih muda masih muda supaya menhormati orang dan tidak melibatkan diri dalam masalah juvana.

TIPS PENJAGAAN MAKANAN SEIMBANG

-PIRAMID MAKANAN-


v  Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan.
-         Makanan utama harus diambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

v  Kekalkan diet sembang berdasarkan 6 kumpulan makanan
-         6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

v  Kurangkan kafein.
-         Pengambilan kafein secara berterusab boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

v  Kurangkan pengambilan garam
-         Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

v  Kurangkan gula
-         Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.

v  Berhenti merokok
-         Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, disamping menjadikan aktiviti senaman sebagai amaln.

v  Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.
-         Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

v  Kekalkan berata badan melalui kawalan teratur
-         Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.

v  Berhenti dari minum minuman yang beralkohol.
-         Kurangkan pengambilan alkohol dan minumam beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesinambungan badan menghindarkan stres.

Tuesday, 6 December 2011

Gaya hidup sihat



Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya ddan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan  ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera, Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.


Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, ramai yang suka mengambil satu jenis makanan sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam diet mereka. Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek sahaja yang menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik disamping menjauhi obesiti dan penyakit kronik.


Selain itu, aktiviti senaman yang bberkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti berjalan berjalan atau berlari bersendirian atau melakukan aktiviti bersukan bersama-sama keluarga atau ketika hijung minggu untuk mendapatkan senaman sedemikian. Aktiviti senaman sudah lama diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih stabil dan baik. Ekorannya, senaman turut menjadikan sistem imunisasi mereka lebih tinggi. Sebagai impaknya, semakin kerap senaman dilakukan, semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.


Gaya hidup yang sihat juga melibatkan aaspek psikologi dan sosial seseorang itu. Mereka yang lebih terbuka dan bersedia untuk berkongsi masalah dengan orang lain. Dalam konteks ini, sikap ini didapati lebih bermakna kehidupannya berbanding dengan individu yang suka bersendirian atau menyimpan masalah mereka. Sikap suka berkawan dan menghabiskan dan menghabiskan masa bersama-sama dengan mereka menjadikan keperluan psikologi manusia yang dapat dipenuhi dengan efektif. Sesungguhnya, aspek psikologi dan sosial manusia perlu dipenuhi untuk memperoleh gaya hidup yang sihat ini.


Pada masa yang sama sikap positif penting dimiliki oleh seseorang itu untuk menangani tekanan kehidupan moden. Pemikiran yang positif memjadikan seseorang itu untuk menangani tekanan kehidupan moden. Pemikiran positif menjadikan seseorang itu sentiasa berfikiran terbuka dan membina. Sehubunh]gan dengan itu, seseorang itu dapat menyelesaikan pelbagai kemelut yang melanda kehidupannya dengan baik tanpa tertekan. Kehidupan zaman moden yang yang penuh dengan cabaran terutama tekanan di pejabat atau di sekolah memerlukan satu persepsi positif daripada ahli masyarakat kita. Maka, semakin positif minda seseorang itu maka semakin tinggilah gaya hidup sihat yang mampu dicapainya kelak.


Kesimpulannya, gaya hidup sihat ini boleh diperoleh menerusi semua amalan yang dipaparkan tadi. Cuma sikap masyarakat masih memandang rendah kepentingan gaya hidup sebeginilah. Kita semua perlulah memahami bahawa mencegah lebih baik daripada mengubatinya. 

Monday, 5 December 2011

KES DADAH MENINGKAT DENGAN PENAMBAHAN PENDUDUK




Baru-baru ini, kes dadah semakin hari semakin meningkat. Ramai yang menyalahgunakan dadah khasnya golongan remaja bagi mendapatkan kepuasan sementara. Mereka tidak sedar akan kemudaratan yang bakal dialami oleh diri sendiri. Pihak kerajaan pula memeningkan kepala mereka untuk mencari jalan penyelesaian bagi mengurangkan peningkatan kes dadah ini. Antara tindakan yang mereka ambil untuk mengekang gejala ini ialah kempen kesedaran dan undang-undang
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Datuk Abd Bakir Zin berkata penagihan dan penyalahgunaan dadah semakin meningkat setiap tahun hasil daripada pertambahan penduduk dan peningkatan kadar bilangan rakyat yang tidak berpendidikan tinggi.beliau juga berkata golongan yang tidak berpendidikan tinggi ini lazimnya menyara  hidup dengan melakukan kerja-kerja am seperti buruh kasar, nelayan dan sektor perladangan. Dalam sebuah temu bual eksklusif dengan Bernama Abdul Bakir berkata bahawa golongan seperti ini lazimnya mudah terpengaruh dan sering terdedah kepada anasir negatif termasuk pengaruh luar yang diperkenal oleh rakan sebaya atau golongan lebih dewasa.
Dalam usaha membanters penagihan dan penyalahgunaan dadah, pelbagai langkah diambil termasuk mewujudkan penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan berkesan. Selain undang-undang yang tegas iaitu Akta Dadah Berbahay 1952, AADK juga menyerahkan draf Akta Bahan-Bahan Khayal kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sejak tahun lepas. Akta ini khas untuk menangani masalah atau gejala menghidu bahan yang mengkhayalkan seperti gam yang sebelum ini tidak dianggap sebagai satu kesalahan kerana ia tidak termaktub di dalam Akta Dadah Berbahaya.
Mengikut statistik daripada operasi bersepadu secara besar-besaran, jumlah penagih dadah yang wujud di Malaysia sudah menjangkau 40, 247 orang meliputi jumlah penagih berdaftar dan penagih yang diserahkan oleh kerajaan kepada AADK untuk tujuan rawatan. Keadaan ini berbeza dengan tahun 2008 apabila aadk merekodkan jumlah penagih berdaftar seramai 12, 500.
Selain itu,penubuhan rumah komuniti seperti pusat khidmat daerah yang ditubuhkan oleh AADK di lokasi tertentu untuk memberikan sesi kaunseling, bantuan kepada keluarga yang mempunyai masalah melibatkan dadah dengan anak-anak mereka. Apa bezanya di sini ialah ianya ditubuhkan oleh komuniti di kawasan berkenaan yang berfungsi sebagai petempatan sementara untuk bekas penagih sebelum mereka kembali sepenuhnya sebagai diri sendiri mereka dan diterima balik oleh masyarakat.
Kesimpulannya, pihak berkuasa harus mengambil langkah yang lebih berefisien untuk mengurangkan kes penambahan dadah ini. Masyarakat harus mengetahui tentang keburukan dadah kepada diri mereka. Jika penambahan bilangan penagih dadah di negara ini terus meningkat bukan sahaja imej negara akan terjejas malah akan mengalami kegagalan dalam membangunkan negara dan tidak dapat melahirkan generasi yang berwibawa di negara kita.

Saturday, 3 December 2011

makin ramai remaja yang berani berkongsi gambar porno.....Astagfirullahhalazim...

astaghfirullah..mmg xsangka mcm mane boleh plak timbul bagaikn cendawan gambar2 seperti ni..selama ni  xde plak t'pandang gmbr2 lucah difacebook..dan yg mengerikan adalah..gmbr tersebut adalah anak remaja melayu sendiri.Mungkin bukanlah niat si empunya gambar utk menayangkan gmbr2 tu tp pihak yg m'exploitasi gambr2 ni perlu lebih b'tggjwb. Anda yg diluar sana, adakah yakin anda selamat dari gejala2 xsihat seperti ni? keadaan semakin parah apabila gmbr dikomen @ 'like' sebab 'news feed' dlm facebook akan memaparkan apa yg b'laku diakaun rakan2 yg len dan  terang lg b'suluh pada yg share gambar2 seperti diatas. sye khuatir dgn p'kembangan yg xsihat ni sbb Malaysia adalah diantara negara yg t'tinggi jumlah rakan dalam satu2 akaun dan perkara2 spt ini mudah t'sebar dan bukan shj m'burukkan nama melayu sendiri malah m'aibkan mangsa dan menyebabkan trauma kpd mangsa t'sebut. Ada beberapa pihak dengan sengaja mengupload gambar2 lucah dgn tujuan mempopularkan page mereka shj. Ingat, jgn upload gmbr2 'panas' dan xbape 'panas' anda ke facebook. Mungkin anda mangsa seterusnya.
                   p/s :  Melentur buluh biarlah dari rebungnya..jgn smpai nasi sudah m'jd bubur..

Thursday, 1 December 2011

KAWEN?? best ke??

tgk ni..dulu b4 ade ank,knfem si aaron ni pon xtau
lyn bdk2 kn..p'khwinan bg pglman pd die..
SALAM sume,, hye kawan2..entry kali ni adalah tajuk p'bincgan ko-k kami "perkahwinan boleh m'jd pengalaman hdup yg b'gune & psgan t'libat mampu m'jd insan yg lebih baik.."
ape pndpat korang tntg tajuk ni?stuju x?pglman kt sini mst la mksd die pkare yg 1st time, bnd baru yg korg xpenah rase sblm ni kan..


..::Pengalaman::..
Pd sy, stuju kot, sbb bile kite da b'khwin, kite blaja mcm2, byk pkare kan..
contohnye if girl ni xpndai msk@xpenah masok dapo, after kawen mst die akn masok dapo jgk, sbb ape?sbb si suami xsuke mkn kt luar..jg2 tau gugurl sume, kalo laki da suke sgt mkn kt luar, karang die bukak "cawangan" lg 1 ngn tukang kedai 2..huhu..yela kn org tua2 slalu ckp, nk pikat suami pikat dr perutnyee..<no wonder la org laki pas kawen, sume perut maju ke depan..huhu><just kidding,dun take seriously^,^
untuk laki plk,if sblm ni xpenah@xpndai lyn kanak2, ngn adek@ank buah dorg pon wt xtau je,after kawen+ade ank, mst kene blaja jgk kan. tlg buat susu ke, tukar pampers ke..
haa,,due contoh ni mmg slalu sgt kite tgk kt org sekeliling kite kan..bnde ni mmg menegesahkan yg p'khwinan 2 dpt jd pglman pd kite..mmg something new la kan..
sy ni pndai je b'ckp kn,huhu..bkn ape, ambik pglman dr sisters & brothers yg da kawen..mmg lbh kurg cmnila dorg..huhu

..::Lebih baik::..
yg ni plak,rase nye iye gk kn..once kite da decide nk kawen, mst la kite da b'sedia nk pikul t/jwb+give full commitment kn..2la yg beza org kawen ngn xkawen lg..kalo di pk kan secara waras pon,kite as wife @ husband mst nk jd yg t'baik untuk psgan&untuk ank2 kelak kan..2la t/jwb t'besa snanye,.isteri kene jd lbh baik sbb bakal jd ibu & kene patuh pd suami sbb syurga kite pd die..kalo dulu time single bebas nk kuar ke mane2 je, after kawen dh xbuleh cmtu.nk kuar kene mntk izin,n afdhal la kuarr ngn suami je..lbh sweet gitu..hehe....untuk suami plak, dorg pon kene b'ubah jd baik jgk sbb dorg kn pemimpn kluarga..if pmimpin pon da xbtol, how come org bawahan nk betol kn..so, to all bakal2 suami 2, siap sediakanlah diri anda untuk pikul t/jwb ni..sbb bile si isteri buat salah & xditegur oleh suami, maka suami pon akan dpt sahamnye jgk kan..cntoh cm si isteri bukak aurat ke..

..::Usia perkahwinan::..
org kate awal2 p'khwinan mmg byk dugaan & cabaran nye kan..harap fmly2 baru ni sabar ye menempuh ujian..yela dulu time b'cintun boleh pekak kan telinga+butakan mate, xkn dh kawen kite xblh nk trime kekurangan @kburukan psgan kite kan..harapnye same2 menegur & membimbing psgan masing2 supaya t'capaila impian kluarga bahagia, "hasanah fid duniya wal akhirah.."amiinn...

****p/s: sape2 nk kawen pasni jgn lupe jempot eh..hehe..

Monday, 28 November 2011

PeL@j@R pErLu Bij@k

sumber : UTUSAN MALAYSIA 26/11/2011

KUALA LUMPUR 25 Nov. – Mahasiswa universiti perlu bijak memilih organisasi politik yang ingin dianggotai terutamanya yang mengamalkan kebebasan bersuara termasuk bersedia menerima sebarang kritikan.

Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin berkata, pelajar perlu diberi kesempatan untuk menyoal apa sahaja bagi menggalakkan mereka berfikir secara kritis dan memberikan hujah berbeza kerana mereka tidak dilatih untuk menjadi ‘pak turut’.

‘‘Kita perlu lihat adakah organisasi itu membenarkan pandangan berbeza? Saya tidak mahu matlamat seperti ini tergugat apabila pelajar menyertai mana-mana organisasi.

‘‘Matlamat universiti bukan untuk melahirkan ‘seorang tukang sorak’ atau ‘tukang maki’ tetapi melahirkan pelajar yang mempunyai pemikiran mendalam tanpa mengikut emosi apabila membuat sebarang komen,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Kerajaan semalam membuat keputusan akan meminda Seksyen 15 Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1974 bagi membenarkan mahasiswa yang berumur 21 tahun ke atas menjadi ahli parti politik.

Sambil menyokong pandangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya universiti perlu bebas daripada amalan politik kepartian, beliau berkata, perkara itu selaras dengan falsafah pendidikan negara bagi membina daya keintelektualan seorang pelajar, berhemah dan mempunyai pandangan seimbang tanpa berpihak kepada mana-mana kepentingan.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak pula berkata, mahasiswa dan warga universiti perlu bersikap terbuka dan bijak tanpa mencampuradukkan perkembangan ilmu serta pemahaman politik apabila kerajaan bakal meminda Seksyen 15 AUKU.

Katanya, terdapat
dua implikasi apabila akta tersebut dipinda iaitu mahasiswa perlu menggunakan kebebasan yang diberi dengan penuh tanggungjawab tanpa mengabaikan pelajaran.

“Mahasiswa juga perlu bersikap rasional dengan tidak membawa sebarang agenda politik ke dalam kampus atau universiti bagi menjaga keharmonian gedung ilmu itu.

“Kita tidak mahu wujudnya budaya berpuak-puak di kampus akibat perbezaan fahaman politik kerana ia boleh menyebabkan suasana menjadi tidak sihat kepada mahasiswa,” katanya.

Naib Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang berkata, mahasiswa harus melihat politik yang mereka dokong daripada perspektif ilmu iaitu melalui perkongsian bersama sarjana dan warga kampus yang sentiasa menghayati dan memahami resam idealisme politik.

“Mahasiswa seharusnya menggunakan kuasa ilmu yang dimiliki dengan mempelajari dan memahami perkembangan politik dalam dan luar negara secara saksama.

“Dengan demikian, mahasiswa tidak terikat kepada mana-mana idealisme atau syarat keahlian politik kepartian ketika berada di kampus, maka mereka akan mempunyai ruang dan kesempatan untuk membina idealisme sendiri,” katanya.

Sunday, 27 November 2011

Wanita dan fesyen....tak dapat dipisahkan


 Assalamualaikum .. Malam dah ke? hehe.. Entri saya kali ni nak bagitau tentang Fesyen Wanita Terbaru 2011 ! saya nak buat pengumuman. Kepada wanita wanita dan awek awek diluar sana yang amat menggemari fesyen terkini serta trend terkini kan, memang tepat lah pilihan korang untuk singgah di blog saya ni. 

          Saya tak nak cakap banyak dah, sekarang saya nak revealkan Fesyen Wanita Terbaru 2011. Baik korang ikut fesyen ni, pastu korang tunjuk la kat kawan kawan korang, confirm diorang cakap
"eh, Hot la U!"  betul, saya confirm sangat sangat !

          Nak tengok tak? Okeh , sedia...
      

Apabila disebut mengenai fesyen tudung terkini, rata-rata remaja terutamanya mesti teringatkan penyanyi Yuna. Kerana beliau merupakan seorang penyanyi yang selalu keluar di pentas nyanyian dengan imej fesyen tudungnya yang pelbagai. Fenomena fesyen tudung Yuna menjadi satu trend dan ikutan remaja masakini selain daripada fesyen tudung Wardina Safiyah dan Dato Siti Nurhaliza.

Bagi anda yang beragama Islam, dalam pemilihan tudung, menjadi satu kewajipan untuk memilih fesyen tudung yang mengikut landasan syariat Islam. Admin selaku seorang Muslim berasa bertanggungjawab dan tergerak hati untuk mengajak pembaca tidak kira lelaki atau perempuan agar sama-sama memilih fesyen masakini yang mengikut syariat. Eh, kenapa lelaki pula, lelaki tidak memakai tudung. Ya benar, namun lelaki juga sekiranya dia sayang ibu, isteri, atau kekasih kadang-kadang boleh menghadiahkan tudung sebagai lambang kasih sayang mereka, betul tak? Jadi pemilihan tudung yang tepat dengan kehendak Islam adalah penting untuk mereka ketahui.

murahnya selendang ni,RM 10 je,ada ag murah ler,RM8-9 sehelai...hehe...sekarang ni da merata-rata tempat ada jual selendang,macam-macam warna,fesyen...emmm...pilih-pilih...

   

ni saya tunjukkan cara nak pakai selendang...korang ikut la kalau boleh ikut,hahaha....terbelit-belit da aku tengok dia ni...tapi still cantik dan menarik untuk digayakan...so sweet

kalau nak brtudung ke atau nak berselendang ke tak ada salahnya...ala fesyen,sometimes saya perhatikan yg tak bertudung pun tak seberani segelintir yg bertudung memakai baju tight ikut bodycut ..(gi lah kat shopping complex.. sure terjumpa punya ) entahlah kalau dlm bab bertudung dan tutup aurat ni kita dah main ikut nafsu/rasa, dan mungkin nak nampak glamour sikit.. canm na la kita nak tegakkan Islam as Ad-Din, the way of life.. sdg Islam itu cukup indah jika dihayati… bukan main ambil separuh2 yg kita suka … no wonder lah ada satu hadith Rasulullah lebih kurang begini maksudnya:- Akhir zaman nanti umat Islam tu memang le ramai tapi kesemuanya seperti buih-buih di lautan!




Renung-renungkanlah utk kebaikan kita bersama…

kU@s@ t@riKh d@L@m KeHiDuP@N m@nUsi@

sumber : UTUSAN MALAYSIA 11/11/2011

Suwaibah Muhammad Nasir memilih 11.11.11 bagi memulakan larian amal merentas gurun Sahara sejauh 1,111 kilometer.

KATA orang tarikh cantik senang hendak diingat. Benarkah itu saja yang dimaksudkan atau ada simbolik di sebalik pemilihan tarikh tersebut?

Tarikh lahir misalnya adalah sesuatu yang sudah ditentukan dari azali. Namun, bagi yang melahirkan anak secara pembedahan kadang kala berpeluang merancang dan memilih tarikh untuk melahirkan bayi mereka.

Untuk peristiwa bersejarah pula terutamanya hari pernikahan memang menjadi lumrah bagi sesetengah pasangan memilih satu tarikh yang menarik, bermakna serta mudah diingati semua.

Trend memilih tarikh yang cantik memang semakin popular apatah lagi apabila nombor yang dipilih berganda seperti 11.11.11 yang jatuh pada hari ini.

Selain mudah diingati, nombor tersebut juga tampak eksklusif pada pemiliknya dan seakan memberitahu kepada umum bahawa mereka adalah golongan yang sentiasa berada di hadapan atau nombor 1.

Pada kaum Cina pula, pemilihan nombor amat penting kerana mereka mempercayai ia berkait rapat dengan untung nasib seseorang.

Semua ini hanyalah kepercayaan sebuah budaya dan kaum sahaja. Kita hanya boleh menjadikan ia sekadar suka-suka dan tidak perlulah berlebih-lebih sehingga bertentangan dengan hukum syarak.

Ketibaan tarikh 11.11.11 tahun ini jatuh pada hari Jumaat, menjadi pilihan kebanyakan pasangan untuk disatukan.

Kenyataan tersebut diakui oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi),Datuk Che Mat Che Ali.

Beliau memberitahu, statistik membuktikan peningkatan permohonan pernikahan pada tarikh tersebut.

Katanya, berdasarkan semakan rekod dalam sistem e-Munakahat milik Jawi, jumlah permohonan pernikahan bagi tarikh 11 November 2011 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah seperti berikut iaitu daerah Damansara sebanyak 20 permohonan , Kuala Lumpur (36), Setapak (42), Sungai Besi, (71), Kepong (40) dan Putrajaya ( 25).

Jumlah keseluruhan permohonan yang diterima ialah 234 permohonan sehingga 8 November 2011.

"Tarikh 10.10.2010 tahun lalu sebanyak 111 permohonan pernikahan diterima dan jumlah tersebut meningkat sebanyak 123 pasangan yang memohon untuk tarikh 11.11.11 ini," ujar beliau.

Bagi Jawi sendiri tiada masalah dalam memenuhi keperluan tersebut kerana selain juru nikah dalaman, mereka turut melantik juru nikah di peringkat kariah yang terdiri daripada imam masjid setempat.

Sementara itu, Penasihat Media Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Tuan Asmawi Tuan Umar berkata, trend pemilihan tarikh dari sudut pandangan Islam tiada salahnya, namun apa yang lebih penting ialah menjaga syariat sepanjang tempoh bertunang dan kerukunan rumah tangga selepas bernikah.

"Tiada masalah jika pilih nombor berganda untuk sekadar suka-suka, namun perlu ingat Islam tidak mengajar kita membazir.

"Keberkatan juga amat penting bagi mendapatkan rumah tangga yang sejahtera. Maka sebab itu saya ingin menasihatkan bakal pengantin agar menjaga tingkah laku dan adab sebelum bernikah agar perkahwinan yang dibina itu dirahmati Allah, nombor cantik itu semua bukanlah perkara utama," ujar beliau.

Berkongsi pengalaman dengan jurugambar perkahwinan terkenal tanah air, Fairuz Ismail dari Avicenna Studio turut mendapati tempahan untuk tarikh 11.11.11 ini telah diterimanya sejak dari tahun lepas lagi.

"Memang tidak dinafikan ramai pelanggan yang berminat untuk mendapatkan tarikh ini. Kebanyakannya untuk tujuan pernikahan kerana tarikh ini jatuh pada hari Jumaat.

"Saya melihat trend ini sebagai satu yang menarik dari segi mudah untuk mengingati dan cantik apabila dicatat di atas album, nombor cek hantaran RM11,111.11 dan sebagainya.

"Lebih kurang 11 bakal pengantin menempah tarikh tersebut namun syarikat fotografi saya hanya menerima tiga tempah. Tiga pengantin yang dipilih ini berdasarkan kualiti yang kami mahu berikan kepada mereka dan melihat juga kepada tahap keseriusan mereka untuk memilih tarikh tersebut.

"Tempahan terakhir ditutup sekurang-kurangnya lima bulan sebelum tarikh 11.11.11 itu sendiri.

"Ini supaya senang bagi pihak kami membuat perancangan teratur dan teliti bagi pasangan pengantin terpilih supaya semuanya berjalan dengan lancar dan memuaskan hati semua pihak," jelasnya.

Tambah Fairuz lagi, apa yang penting ialah bakal pengantin tersebut berjanji akan memelihara ikatan cinta mereka dan bukan sekadar berbangga pada pemilihan tarikh menarik.

"Saya sendiri memilih tarikh 8.8.2008 untuk melangsungkan perkahwinan kerana nombor itu menarik dan mudah diingati.

"Bagi saya sebagai lelaki pemilihan nombor bukanlah satu perkara utama, namun bagi wanita lebih mengutamakan perkara tersebut," ujar Fairuz.

Sementara itu, bakal disatukan di kediaman tingkat 11 di Putrajaya, dengan jumlah hantaran RM11,111, bakal pengantin baru, Nurul Ain Suhari, 26, dan pasangannya, Muhammad Farid Mazlan, 26, mengakui teruja dengan pemilihan tarikh tersebut.

"Kalau boleh saya mahu dinikahkan pada pukul 11 pagi tapi imam sibuk pula pada waktu tersebut," ujar Nurul Ain berseloroh.

Menurut Nurul Ain lagi, 11.11.11 yang kebetulannya jatuh pada hari Jumaat merupakan tarikh yang telah dia dan tunangnya pilih sejak dari tahun lepas lagi.

"Sebenarnya saya yang suka dengan nombor 11.11.11. Pemilihan tarikh itu bermakna kerana ia merupakan tarikh bersejarah dalam kehidupan saya, justeru saya memang mahukan satu tarikh istimewa untuk tujuan yang istimewa juga," ujar Nurul Ain yang bertunang pada Januari lalu.

Selain perkahwinan, terdapat banyak juga acara hebat yang akan berlangsung pada tarikh tersebut. Antaranya, satu acara larian merentas gurun Sahara bakal dicatatkan oleh Suwaibah Muhammad Nasir pada tarikh 11.11.11.

Bekas Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini sedang sibuk mempersiapkan diri bagi merealisasikan hasratnya menawan Gurun Sahara dengan membuat larian solo sejauh 1,111 kilometer merentas gurun tersebut yang akan bermula hari ini.

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu pernah mewakili negara ke pertandingan mendaki Bangunan Empire States, New York dan meraih tempat ke-12 selain pernah berlari di Itali, Indonesia dan Singapura.

Beliau akan terus berlari bagi mengumpul dana membantu golongan kurang bernasib baik.

Saturday, 26 November 2011

sEk@d@r bErKoNgSi

1. Perkataan cartesan berasal daripada nama seorang ahli matematik yang berbangsa Perancis, Rene Descartes (1596-1650). Pada suatu hari ketika beliau sedang sakit dan terbaring di atas katil, dan ternampak labah-labah pada silingnya. Akhirnya beliau bercadang untuk menggunakan dua garis nombor yang berserenjang untuk menentukan kedudukannya.

2. Perkataan lokus berasal daripada perkataan Latin, locus yang bermakna tempat atau kawasan.

3. Orang-orang Mesir pada zaman dahulu telah mengetahui bahawa nisbah lilitan sebarang bulatan kepada diameternya adalah satu pemalar. Pemalar itu dikenali sebagai pi(sebutan pai) dan diwakili oleh huruf greek |=|.

4. S.K.O.M.K.H.P.K.J.C.D.P.W.B ialah nama singkatan yang terpanjang di dunia iaitu, Syarikat Kerjasama Orang Melayu Kerajaan Hilir Perak Kerana Jimat Cermat Dan Pinjam Meminjam Wang Berhad.

5. Krungthep Mahanakon Bovorn Ratnakosin Mahintharayuttaya Mahadilkop Woparatratchathani Birirom Udomratchanivetmahasatan Amornpiman Aratarnsathit Sakkathattiyavisnukarmprasit Adalah Nama Penuh bagi Bangkok.

6. Los Angles (L.A) ialah El Pueblo De Nuestra Senora La Reina De Los Angles De Porciuncula.

7. Pneumonoultramicroscopiksilicovolcanocomiosises pada amnya ialah sakit peparu tetapi ia juga merupakan perkataan yang terpanjang dalam bahasa Inggeris.

8. Haiwan yang paling pemalas di dunia ialah sloth.

9. Ibu Negara Brazil ialah Brasila bukannya Rio De Janeiro seperti yang selalu disebutkan.

10. Tuan Rumah Sukan Komanwel yang ke-16 ialah Kuala Lumpur,Malaysia.

pErSeDi@aN sEbELuM mEL@nGk@H kE gErB@nG pErK@hWiN@N





(1) Kewangan

- Mungkin ramai yang bersetuju bahawa kewangan tidak mampu membeli kebahagiaan. Ia sememangnya tepat, tetapi kepentingan wang didalam perhubungan tidak boleh dinafikan. Anda seharusnya sudah mempunyai perancangan kewangan sebelum menempuh alam perkahwinan. Persediaan ini amat penting untuk mengelakkan anda daripada mempunyai krisis kewangan yang mungkin akan menimbulkan konflik antara pasangan.


(2) Mental dan fizikal
- Anda harus mempunyai persedian mental dan fizikal yang cukup sebelum menempuhi alam perkahwinan. Ini adalah kerana kehidupan kekeluargaan adalah satu perkara yang mencabar. Apabila anda melakukan sesuatu, anda tidak boleh memikirkan mengenai diri anda sahaja, sebaliknya anda perlu turut memikirkan mengenai ahli keluarga yang lain. Ia juga bermakna tanggungjawab anda semakin bertambah.


(3) Perancangan selepas berkahwin

- Sebelum perkahwinan, anda sudah perlu anda perancangan untuk apa yang perlu dilakukan apabila anda sudah berkahwin. Persediaan ini adalah untuk mengelakkan daripada objektif perkahwinan tersasar. Sebagai contoh, mungkin anda merancang selepas berkahwin anda perlu bekerja lebih keras untuk menyara keluarga atau sebagainya.


p/s : sudahkah anda bersedia???kalau semua kriteria diatas tidak mencukupi..baik lupakan dan fokus kepada perkara yang lebih penting..hehehehe

TiPs nAk CanTiK






KECANTIKAN WANITA 


Untuk membentuk bibir yang menawan 
-  ucapkanlah kata-kata kebaikan. 

Untuk mendapatkan mata yang indah 
-carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. 

untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing
- bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. 

Untuk mendapatkan rambut yang indah 
-mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari. 

 Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah 
-berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian. 

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah
senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan
bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

 Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisi rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu...

Friday, 25 November 2011

Awas ! Kurang Tidur Boleh Membahayakan Jantung


Tidak cukup tidur boleh meningkatkan risiko anda untuk angin ahmar (strok) dan serangan jantung.
Itulah penemuan para penyelidik Britain yang menganalisa data yang diperoleh dari lebih daripada 470,000 orang dari lapan buah negara, termasuk Amerika Syarikat.
“Jika anda tidur kurang daripada enam jam semalaman dan mengalami tidur yang terganggu, anda 48 peratus lebih berkemungkinan untuk mendapat atau mati kerana sakit jantung dan 15 peratus lebih kemungkinan untuk mendapat atau mati kerana strok,” kata Dr. Francesco Cappuccio, dari Warwick Medical School di England, seorang pengarang bersama penyelidikan tersebut, dalam hebahan berita di University of Warwick.
“Corak tidur lewat malam dan bangun awal pagi sebenarnya adalah bom jangka untuk kesihatan kita, jadi anda kena bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit yang mengancam nyawa ini,” beliau menambah.
Dr. Michelle Miller, penulis bersama kajian dengan Dr. Cappuccio, menjelaskan dalam hebahan berita itu yang “tidur sebentar kronik menghasilkan hormon-hormon dan bahan kimia dalam badan yang meningkatkan risiko untuk mendapat penyakit jantung dan angin ahmar , dan keadaan lain seperti tekanan darah dan kolesterol yang tinggi, kencing manis dan obesiti.”
Kajian itu telah diterbitkan pada 8 Febuari dalam European Heart Journal.
Segala pergelutan hidup/kerja dalam kehidupan hari ini menyebabkan ramai dari kita menukarkan masa tidur yang berharga dengan bekerja untuk memastikan kita siap semua kerja yang diberikan kepada kita.
“Tetapi dengan berbuat demikian” kata Dr. Cappuccio, “kita meningkatkan risiko mendapat strok atau penyakit kardiovaskular yang mengakibatkan, contohnya serangan jantung.”
Mendapat tujuh jam tidur semalaman melindungi kesihatan dan mengurangkan risiko anda untuk mendapat penyakit kronik, nasihat beliau.

Malaysia Menang Ibu EMAS Bola Sepak Sukan Sea 2011 !!

Walaupun pada mulanya bas yang dinaiki pemain skuad bawah 23 tahun negara diserang oleh penyokong Indonesia ketika cuba memasuki perkarangan Stadium Gelora Bung Karno namun ketabahan dan kecekalan anak buah Ong Kim Swee ini akhirnya membuahkan hasil.


*(Difahamkan skuad negara membuat keputusan untuk tidak menaiki Barracuda ke stadium kerana pihak penganjur memberi jaminan keselamatan namun sebaliknya yang berlaku.) :(


Persaingan kali ini di katakan agak sering tatkala melihat kedua – dua pasukan tidak putus asa mencari gol…tetapi alhamdulilah semangat kesukanan yang tinggi serta mental yang kuat berada di tempat lawan membuahkan hasil apabila berjaya dalam sepakan penalti apabila terikat 1-1.


Alhamdulilah, dengan berkat doa seluruh rakyat Malaysia.. akhirnya kita dapat menggondol pingat emas dalam acara bolas sepak sukan sea 2011 ni.. IBU segala emas.


Malaysia menang hasil sepakan penalti iaitu
Malaysia 4 – 3 Indonesia
*seri 1 -1 dalam 90 minit dan 30 minit masa tambahan.

Tahniah diucapkan kat Ong Kim Swee, tahniah pemain muda Harimau Malaya dan seluruh rakyat malaysia.. bergema seluruh restoran yang ada tadi.. haha

FAKTA:
1. Pasukan malaysia satu-satunya pasukan yang tidak pernah kalah dalam setiap perlawanan pada Sukan SEA kali ini.
2.Pasukan malaysia merupakan pasukan 1 Malaysia, dgn adanya orang Melayu,Cina dan India.
3. Pasukan malaysia merupakan satu-satunya pasukan yang dpt naik ‘barakkuda’ untuk pergi dan balik dari stadium.
4. Pasukan malaysia ialah satu-satunya pasukan yang dpt kalahkan Indonesia pd SEA Games kali ini.

Tengok ni.. pembaca tv3 pun pakai jersey Malaysia.. cayalah :)

Kajian dapati pengguna Internet Explorer miliki IQ yang rendah

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) – Satu kajian baharu mendapati para pengguna perisian Internet Explorer (IE) adalah bodoh kerana mereka memiliki purata tahap kecerdasan intelektual (IQ) cuma 80, lapor sebuah akhbar semalam.
Internet Explorer (IE) yang mula digunakan pada awal 1990-an merupakan sistem operasi komputer popular ciptaan firma Microsoft yang diterajui bilionair, Bill Gates.
Kajian tersebut dilakukan oleh firma perunding Kanada, AptiQuant yang menguji 101,326 orang berusia 16 tahun dan ke atas dari pelbagai negara termasuk AS, Kanada, Britain, Australia serta New Zealand.
Mereka diminta mengambil ujian IQ manakala sistem operasi dan lokasi komputer mereka direkodkan menerusi alamat protokol Internet (IP).
Kajian mendapati mereka yang menggunakan IE rata-ratanya hanya memiliki IQ cuma sekadar 80.
Menurut skala IQ, kepintaran manusia normal ialah 100 manakala angka 80 dan ke bawah menunjukkan seseorang itu mengalami terencat akal.
Kajian sama mendapati pengguna sistem operasi Firefox atau Google Chrome memiliki IQ melepasi tahap normal iaitu sekitar 110.
Pengguna sistem operasi Opera atau Camino dikategorikan sebagai paling bijak dengan tahap IQ sekitar 120.
Kajian tersebut merumuskan bahawa IE masih popular dalam kalangan jutaan pengguna kerana ia mudah dan seseorang itu tidak memerlukan IQ yang tinggi untuk menggunankannya. – Agensi
Sumber : Kosmo Online

KENALI PERSONALITI MENGIKUT JENIS DARAH ANDA....

1) Jenis Darah A adalah Petani (Farmers)


Mereka berdarah A adalah golongan yang pemalu tetapi mementingkan kesempurnaan dalam senyap. Mereka sangat bertimbang rasa terhadap orang lain dan tidak pandai menipu. Mereka setia dengan kawan dan rakan sekerja. Mereka boleh menjadi perahsia, kuat, tetapi jarang sekali berkongsi perasaan mereka. Mereka ini sukar dipuaskan dan serius dalam hidup.


Peribadi Asas:
Berhati hati dalam membuat keputusan, sentiasa memastikan sesuatu jelas melalui kontrak, terlalu mementingkan undang-undang sosial kehidupan.


Kadar Toleransi:
Toleransi tinggi dengan kerja-kerja fizikal dan berulang, tidak mampu menerima perubahan dengan mudah, hilang minat pada satu-satu hobi dengan mudah.


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Terlalu mencuba untuk melupakan masa lampau, sikap pesimis terhadap masa hadapan.
Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Boleh berpura-pura membuat muka tenang walaupun hakikatnya sedang marah, memerlukan masa yang lama untuk pulih jika dilukai, sensitif kepada pandangan orang lain.


Bagaimana mereka bekerja:
Menguruskan satu perkara sahaja dalam satu masa, membezakan antara kerja dan peribadi, sangat bertanggungjawab, terdorong untuk memilih hobi yang membantu mereka menenangkan perasaan.


2) Jenis Darah B adalah Pemburu (Hunters)

Mereka berdarah B adalah golongan yang periang, memiliki semangat dan aura personaliti yang kuat dan tersendiri. Dalam waktu yang sama, mereka tidak menghiraukan apa orang lain fikir tentang mereka dan liar. Mereka boleh menjadi sangat lemah, pemalas dan kurang sabar. Namun, mereka juga sangat bersungguh-sungguh (passionate) dengan apa yang mereka mahukan.


Peribadi Asas:
Pantas membuat keputusan, boleh menjadi sangat fleksibel, tidak kisah pada peraturan, menghormati penemuan sains dan perkara praktikal.


Kadar Toleransi:
Mengekalkan sepenuh minat pada apa yang mereka lakukan, kelihatan tidak sabar, tidak sukakan kerja yang berulang.


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sukar melupakan hubungan terkini tetapi mudah melupakan kenangan masa silam.


Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Seorang yang ‘expressive’, ‘cool’ dan bersifat objektif, walaupun selalu bergurau tetapi boleh menjadi sangat pemalu, cepat menukar ‘mood’ seperti cuaca, tidak boleh berhenti merungut apabila mereka kecewa.


Bagaimana mereka bekerja:
Kreatif dan memiliki idea baru, tidak boleh membezakan kerja dan hobi,sukar menerima arahan, tidak gentar mencadangkan perubahan yang inovatif dan tidak takutkan kritikan.


3) Jenis Darah AB adalah Ahli Kemanusiaan (Humanists)

Mereka sukar dimengerti, gemar menjauhkan diri, selalu menggunakan logik daripada mengikut gerak hati. Selain itu, AB sangat bagus menguruskan kewangan, walaupun berfungsi sebagai pendamai, kadang kala AB bersikap talam dua muka.


Peribadi Asas:
Sangat praktikal, bagus dalam menganalisa, memberikan kritikan yang membina, sukar membuat keputusan untuk perkara penting.


Kadar Toleransi:
Cuba untuk menjadi rajin, kelihatan kurang sabar.


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Sangat sentimental tentang masa silam, lebih risau tentang masalah semasa berbanding perkara lain.


Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Berjiwa sentimental, selalunya ‘cool’ dan ‘steady’, tetapi boleh berasa sangat kecewa dengan masalah semasa yang tidak diselesaikan, boleh menjadi ‘moody’ sekelip mata.


Bagaimana mereka bekerja:
Boleh menguruskan bidang kerja yang luas, menghargai kerja keras, cepat memahami, tidak terlalu bertanggungjawab, tidak mampu membuat ‘follow up’ sebelum projek kerja diselesaikan.


4) Jenis Darah O Adalah pejuang (Warriors).

Mereka ‘outgoing’, ‘expressive’, dan ‘passionate’. O sangat bermotivasi dan mempunyai ciri pemimpin semulajadi. Dikurniakan rasa kewujudan yang kuat, tidak takut untuk mengambil risiko jika mereka yakin mereka akan menang, seorang ahli sukan semulajadi.


Peribadi Asas:
Memastikan objektif jelas, sangat yakin dengan diri, jujur, optimis dan bertenaga.


Kadar Toleransi:
Kekuatan dan kecekalan bergantung kepada matlamat mereka, mudah mengalah jika kerja dirasakan sia-sia.


Bagaimana mereka melihat masa hadapan dan masa lampau:
Positif tentang masa lampau, oleh itu tidak menyesali masa silam, mencari kestabilan kewangan di masa hadapan.


Bagaimana mereka menggambarkan perasaan:
Selalunya bersikap tenang, sensitif dengan keikhlasan, memberikan pandangan terbuka dengan jujur secara terus.


Bagaimana mereka bekerja:
Keupayaan menumpukan perhatian bergantung pada keadaan, biasanya lebih gemar memimpin, boleh mengabaikan perkara terperinci.

MAHASISWA MENABUR KHIDMAT



Senarai Ranking Universiti Terbaik di Malaysia 2011

  1. Universiti Sains Malaysia
  2. Universiti Teknologi Malaysia
  3. Universiti Kebangsaan Malaysia
  4. Universiti Putra Malaysia
  5. University of Malaya
  6. Universiti Malaysia Perlis
  7. Multimedia University
  8. Universiti Teknologi Mara
  9. Universiti Malaysia Pahang
  10. International Islamic University of Malaysia
  11. Universiti Utara Malaysia
  12. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
  13. Universiti Tenaga Nasional
  14. Universiti Malaysia Sabah
  15. Open University Malaysia
  16. University of Nottingham Malaysia
  17. Universiti Teknologi Petronas
  18. Universiti Sains Islam Malaysia
  19. Universiti Pendidikan Sultan Idris
  20. Taylor’s University College
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka
  22. Universiti Tunku Abdul Rahman
  23. Universiti Malaysia Terengganu
  24. Universiti Malaysia Sarawak
  25. Universiti Tun Abdul Razak
  26. Monash University Malaysia
  27. Universiti Industri Selangor
  28. Wawasan Open University
  29. UCSI University
  30. Curtin University of Technology Sarawak Campus
  31. Asia Pacific Institute of Information Technology
  32. International Medical University
  33. Help University College
  34. Tunku Abdul Rahman College
  35. Al Madinah International University
  36. Universiti Kuala Lumpur
  37. National Defence University of Malaysia
  38. Segi College
  39. Universiti Sultan Zainal Abidin
  40. Universiti Malaysia Kelantan
  41. Limkokwing University of Creative Technology
  42. KDU College
  43. Selangor International Islamic University College
  44. Sunway University College
  45. Malaysia Theological Seminary
  46. Malaysia University of Science & Technology
  47. Olympia College Malaysia
  48. Swinburne University of Technology Sarawak Campus
  49. Malaysian Institute of Management
  50. University of Malaya Medical Center & Faculty of Medicine
  51. INSANIAH University College
  52. Taman Pertanian University
  53. Kuala Lumpur Infrastructure University College
  54. International Centre for Education in Islamic Finance
  55. Majlis Peperiksaan Malaysia
  56. Cyberjaya University College of Medical Sciences
  57. Disted-Stamford College
  58. Berjaya University College of Hospitality
  59. Asia e University
  60. KBU International College
  61. New INTI College
  62. TATI University College
  63. Nilai International College
  64. Asia Pacific University College of Technology & Innovation
  65. AIMST University

Thursday, 24 November 2011

SHARING is CARING

Alllooo...SALAM sume,,,
ni adlh kali ke2 sy di blog, & kedua2nye adlh dsebabkan tugasan..heehe..

**sblm pape, nk ckp yg entry ni xde kaitan same ade ngn bloggers @ pembace lain.. just nk share about minat:- FESYEN BERTUDUNG

Of course la yg plg HOT+UPDATE adelah gaye b'selendang kan..
kalo kite tgk skrg ni pon, mcm2 gaye ade kan,kt cmpus sndiri pon, byk student yg pakai cmtu..

Even kt youtube, paper @ majalah pon ade tunjuk cara2 nk pakai selendang..
mmg cantekk la..suke tgk, especially majalah D.... yg jd pilihan sy=)

Ok, skrg kite tgk artis2 yg sememangye HANGAT+CANTIK+COMEL bile pakai tudung ni...


                                         ....si CUTE Heliza....

                                   ...si MANIS Irma Hasmie...       
                                     
                                                                ....si MENAWAN Yuna....

                                   ....si HOT MUMMY Wardina....


AND the most yg plg dikenali dlm dunia fesyen selendang ni...
tadaaaaaa......


                                          ...HANA TAJIMA....

Betulkan..??confirm sume kenal die,..CANTIK kan..=)

Kire zmn skrg ni, dh xdela istilah pompan b'tudung ni selekeh & xpandai b'gaye kan..

Tp, kt sini ade 1 lg perkare sy nk SHARE ngn u all semua,,
Even kite nk b'fesyen, tp jgn smpai langgar HUKUM..


cntohnye kt sini...:-


TAHUKAH anda??
Pakai selendang@tudung dgn sengaje tunjuk bonggol supaya nmpak cantik & dipandang orang HARAM hukumnye..


Ini adalah salah 1 petande da akhir zaman..


Ce bace Hadith ni::




“Akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang (nipis & ketat).  Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat” – Hadith Riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.




Kite x nakla disebabkan pkare ni kite dijauhkan dpd nikmat SYURGA nti...
NAUZUBILLAH...




Rasulullah S.A.W bersabda:
“Dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – Hadith Riwayat Muslim. Hadith no 212.


***p/s::Kawan-kawan, x mo pakai cmni lg eh..b'gaye+b'fesyen xsalah, asalkan x melanggar hukum k...sampai2kanla pd kawan2 & sedare2 lain..

k la, smpai sini je dulu, jmpe lg nti
SAYANG U ALL..mmmuuaahhh....(^,^)

BYE2..SALAM..